Home > Lost Password?  Register
Friday
Aug 01st 2014
Rantai dan Sprocket Print E-mail

rkdiagram1.jpgRantai dan spoket merupakan kombinasi terakhir sebagai pemacu sesebuah motosikal. Setiap kesempurnaan kawalan terhadap motosikal akan terletak kepada kualiti rantai dan spoket yang dipilih. Semasa kita menunggang kuasa motosikal yang dikawal melalui pendikit minyak sebenarnya memiliki susunan kerja.

 

Sistem ini bermula dari karburetor yang memberikan campuran petrol udara tepat untuk proses pembakaran. Kuasa tujahan yang terhasil akan dipindahkan kepada kombinasi pacuan utama terdiri daripada gear klac dan aci engkol. Kemudian, kuasa ini akan dipindahkan kepada set kotak gear supaya kuasa dapat disusun mengikut keperluan. Kombinasi terakhir yang terdiri dari dua spoket dan rantai pula akan menerima kuasa ini untuk mengerakan tayar.

 

Bagi menghasilkan satu baris rantai memerlukan beberapa jenis rekabentuk komponen yang perlu digabungkan. Ketahanan rantai dan spoket ini bergantung kepada proses pembuatan dan kualiti bahan yang digunakan. Teknik menunggang motosikal yang betul serta cara kita menjaga rantai turut mempengaruhi usia rantai tersebut.

 

Bagi rantai dan spoket motosikal terdapat dua jenis dipasaran iaitu untuk kegunaan harian serta perlumbaan. Ciri-ciri untuk kegunaan harian biasanya diperbuat dari besi atau keluli yang dicampur dengan bahan lain untuk memberikan lebih ketahanan dan kekuatan serta mampu bertahan sehingga 20,000 kilometer tetapi lebih berat berbanding jenis perlumbaan. Bagi kegunaan perlumbaan, rantai dan spoket biasanya sangat ringan untuk mendapatkan lebih kuasa pecutan. Diperbuat dari aluminium yang dicampur dengan logam ringan yang lain seperti titanium dan magnesium. Spoket perlumbaan hanya boleh bertahan sehingga 10,000 kilometer sahaja. Jika diguna untuk aktiviti harian, jenis perlumbaan mampu memberikan perjimatan pada penggunaan petrol kerana kuasa enjin berkerja menjadi lebih cekap.

 

Saiz rantai dan spoket bergantung kepada kapasiti kuasa motosikal yang digunakan. Saiz rantai dan spoket yang biasa terdapat di pasaran adalah 428, 420 dan 415. Bagi enjin yang berkapasiti 250cc keatas biasanya menggunakan saiz 520,525 dan 530. Selain saiz terdapat berberapa kategori rantai yang memiliki kelebihan tersendiri seperti jenis ‘O’ring, ‘X’ring, ‘XW’ring dan sebagainya.

 

Rantai yang sudah rosak biasanya menjadi lebih panjang, tidak bergerak secara licin dan menghasilkan bunyi geseran. Rantai begini boleh membahayakan keselamatan pengguna sekira putus atau terkeluar dari kitaranya. Spoket yang rosak biasanya memiliki mata gigi yang tidak sekata atau condong dan mulai patah. Sistem rantai dan spoket yang tidak serasi boleh meningkatkan penggunaan petrol. Kita digalakan supaya menukar kepada satu set rantai dan spoket untuk memastikan produk ini bertahan lebih lama, serasi serta selesa.

dsc08538.jpgdsc_0061.jpgdsc07287.jpg

Last Updated ( Tuesday, 16 December 2008 )
 

Shout Box

  • mario salam,selamat pagi.... ;)
    2014-7-14 8:19 AM #
  • sherman0831 hola holaaaaa :$
    2014-7-10 5:56 PM #
  • mario haii...sherman... :twisted:
    2014-7-10 5:56 PM #
  • sherman0831 hi
    2014-7-10 5:48 PM #
  • mario selamat berposa dan selamat menunaikan ibadat........ :$
    2014-7-10 5:31 PM #
  • judabenhur salam,haii...kenapa sonyap aje....? :roll:
    2014-7-9 10:05 AM #
  • judabenhur selamat berpuasa...
    2014-7-1 8:13 AM #
  • judabenhur salam...
    2014-7-1 8:13 AM #
  • judabenhur :P
    2014-7-1 8:10 AM #
  • judabenhur selamat berpuasa...
    2014-7-1 8:09 AM #

You have to login before you can shout!

facebook

face.jpg

KILANG RANTAI

krsa.jpg
link.jpg